“Mengenyangkan Perut 0rang Lain Dulu”, Rider Makan Berdiri Di Sisi M0tosikal, Ramai Rasa Simp4ti
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri. Terbaharu, net1zen di laman Twitter sebak apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang rider penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya.
“Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini,” tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu. Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan lokasinya.
Ramai meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar golongan rider terus dimurahkan rezeki.
Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa. Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang men1mpa rider lelaki itu.
Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia k0rban masa sendiri.
Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya.
“Ironinya hantar makanan dekat orang, sendiri pun tak sempat makan. Kuatkan usaha lagi bang. “Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, tengok video macam ni air mata laju je nak keluar.
Netizen menzahirkan rasa simpati terhadap rider dan berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan.
“Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia krban masa sendiri, makan berdiri dalam tergesa-gesa. “Cari rezeki halal. Semoga rider ini kuat semangat meneruskan kehidupan,” tulis beberapa netizen.
Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan. Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau. Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.
Pada 28 November lalu, mStar melap0rkan seorang rider wanita mundar-mandir di lobi bangunan sambil menunggu pelanggan datang mengambil makanan. Video penuh emosi memaparkan rider itu menanti pelanggan sebelum berlalu pergi dengan hampa turut mengundang s3bak dalam kalangan netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: mStar
Leave a Reply