Lelaki Ini Kongsi Kisah S3bak Di Sebalik Gambar Pakcik Berdoa Di Luar Masjid
Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, selamat dikebvmikan setelah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat (18 Disember).
Jen4zah Tun Rahah yang berusia 87 tahun disemadikan di Makam Pahlawan bersama hujan renyai yang mengiringi sepanjang majlis pengebu mian seri kandi negara itu. Pemergian Allahyarhamah disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara kerana menjadi figura penting di belakang Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai pemimpin terutama ketika menghadapi peristiwa darvrat di Tanah Melayu dan rusvhan kaum pada tahun 1969.
Namun, di sebalik imej seorang isteri, ibu penyayang dan wanita yang cekal, ada sisi lain iaitu kemurahan dan kebaikan hati kepada semua insan tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun latar belakang. Menerusi perkogsian seorang individu yang dikenali sebagai Azman Hasan di ruangan komen Fbk Najib Razak, beliau menceritakan semula pertemuan bersama seorang warga emas di luar masjid ketika sedang menunggu pengebu mian Allahyarhamah.
Katanya, pak cik tersebut memberitahu dia datang berjalan kaki ke Masjid Negara dari Kg Baru demi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah. Namun apa yang menyentuh hati, dia hanya berdiri di luar masjid sambil menadah tangan berdoa kerana berkata tidak layak untuk masuk ke dalam.
Setelah ditanya, pak cik berkenaan merupakan bekas tukang kebun di rumah Tun Rahah, insan yang pernah menabur jasa ke dalam kehidupannya suatu ketika dahulu. Allahyarhamah yang berhati mulia dikatakan pernah membiayai kos perubatannya.
Tetapi, dia tidak mampu untuk membalas kebaikan hati bekas majikannya itu selain menadah tangan memanjatkan doa supaya Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Dia kata dia tak layak masuk masjid
Sepanjang bacaan talkim, pak cik tadah tangan panjat doa..
Datuk Seri Najib Razak yang turut tersentuh dengan kejadian itu, berharap beliau dapat bertemu pak cik tersebut suatu hari nanti. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pak cik berkenaan kerana mendoakan ar wah ibunya.
Sumber: siakapkeli
Leave a Reply