Tiada Jiran Tetangga, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia
Pernahkah anda membayangkan rumah anda disatu lokasi yang tidak mempunyai sesiapa disekeliling, dah ia terletak jauh diatas sebuah pulau kecil ditengah laut? Itulah sebenarnya sebuah rumah putih yang terletak di kepulauann Ellidaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland, yang juga dikenali sebagai rumah paling sunyi di dunia.
Rumah putih berkenaan berada ditengah bukit yang dikelilingi lautan, menjadikan ia satu-satunya rumah yang berada disitu. Rumah yang dikatakan tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an itu mempunyai banyak versi ceritanya tersendiri, termasuklah ia kononnya dibina oleh seorang peniaga sebagai tempat perlindungan daripada ser4ngan z0mb1e.
Rumah berkenaan juga dikhabarkan pernah menjadi milik penyanyi Iceland, Bjork selepas berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau berkenaan. Namun, hakikatnya rumah berkenaan sebenarnya adalah sebuah pondok berbvru yang dibina pd tahun 1950 oleh Persatuan Pembvruan Ellidaey, yang menjadi tempat persinggahan ahlinya ketika mereka datang membvru puffin, iaitu sejenis burung laut di pulau berkenaan.
Sumber: Oddity Central
Leave a Reply