Ramai Yang Kenal Staff Ini, Pujian Patut Diberikan Kepada Staff CIMB Ni
Selalu sangat kita dengar benda benda negatif dalam hidup. Ikutkan tak elok untuk diri sendiri bila banyak negatif yang kita baca atau lihat. Bila kita lihat sesuatu yang positif automatik kita akan rasa gembira atau lega. Perkara positif patut diberi perhatian lebih dari perkara yang negatif.
Urusan-urusan rasmi di pejabat agensi biasanya memerlukan kita menunggu untuk diberi perkhidmatan mengikut giliran. Oleh itu, sudah pasti setiap pelanggan perlu menanti dengan sabar sehingga giliran mereka sampai bagi mengelakkan sebarang pertelagahan.
Namun begitu, bagi mereka yang sudah berusia ataupun mempunyai masalah kesihatan, menunggu dalam satu tempoh yang lama pastinya memenatkan. Jadi, bagi memudahkan urusan mereka selesai, budi bicara pihak agensi dan pelanggan yang lain amat diharapkan.
Kita Mudahkn Urusan Orang Insyallah Urusan Kita Juga Dipermudahkan
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Fbk dikenali sebagai Annida Amar, dia telah mengucapkan terima kasih kepada seorang kakitangan bank CIMB kerana membantu memudahkan urusan ibunya yang sudah berusia.
Bantu sampai ke kereta
Muat naik yang dibuat Annida itu dikongsikan di laman Fbk Bahau Town dan dia menceritakan kejadian tersebut. Menurutnya, seorang pegawai bank yang bertugas dikenali sebagai Apak telah mencari kerusi beroda untuk memudahkan ibunya bergerak bagi menyelesaikan urusan di bank. Dia juga telah menolak kerusi beroda itu sehingga ke kereta seusai urusan ibu Annida selesai.
Siapa tak kenal Apak, memang ramah
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia pegawai bank itu. Mereka juga mengakui bahawa pegawai bank tersebut sangat dikenali oleh penduduk sekitar kerana ramah dan kerap membantu orang lain memudahkan urusan di bank tersebut.
Sumber: Annida Ammar, Bahau Town via BorakDaily
Leave a Reply