
Kerana Sayang, Wanita Ini Sanggup Belanja Kos RM32,000 Sebulan Untuk Bela Hampir 500 Ekor Kucing
Lebih dari berpuluh-puluh kucing dan 4njing bersaing untuk mendapatkan perhatian Maryam al-Balushi ketika dia berada di atas katil di rumahnya di ibu kota Oman, Muscat. Wanita yang memelihara 480 kucing dan 12 anjing itu, mengakui hidupnya lebih ceria dan menganggap kesemua hiawan peliharaannya sebagai sahabat yang lebih baik
“Saya dapati haiwan, terutama kucing dan 4njing, lebih setia,” katanya.
Maryam yang menjadi anak yatim pada usia muda, mula mengumpul kesemua haiwan kesayangannya yang banyak diselamatkan dari jalanan, lebih daripada 10 tahun lalu. Malah, dia perlu membelanjakan sebanyak AS$7,800 (RM31,859) setiap bulan bagi keperluan makanan dan perubatan haiwan peliharaannya.
Atas kemuliaan hati Maryam, dia juga sanggup memikul tanggungjawab menjaga 17 ekor daripada haiwan peliharaannya yang but4 dan memerlukan kos dan penjagaan rapi. Menurut pegawai negeri yang sudah bersara dan berusia 51 tahun itu, minatnya terhadap kucing bermula ketika anaknya membawa pulang seekor kucing parsi.
”Semuanya bermula pada tahun 2008 ketika anak saya membeli seekor kucing Parsi kecil. Seperti banyak ibu, saya enggan menjaganya kerana saya tidak menyukai haiwan dan anak saya tidak terlalu memperhatikan atau menjaga kebersihannya,” katanya.
Tetapi, dua tahun kemudian dia mula menjaga kucing lain dan pendekatannya juga berubah. “Saya mendapati diri saya benar-benar berubah. Saya menjaga sepenuhnya, memberi makan, memandikannya dan menghabiskan banyak masa dengannya,” katanya. Maryam mula mengambil lebih banyak kucing setelah berpindah dengan membeli rumah sendiri pada tahun 2014.
Sumber:siakapkeli
Leave a Reply