Perkara-Perkara Yang Melemahkan Ingatan. Jangan Sesekali Lakukannya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Perkara-Perkara Yang Melemahkan Ingatan. Jangan Sesekali Lakukannya

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan minda atau daya ingatan seseorang itu menjadi lemah. Faktor pertama ialah makan makanan yang dicemari oleh semut kerana semut dipercayai mempunyai sejenis k1mia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

Faktor kedua pula ialah makan makanan ringan atau makanan segera. Kita perlu elakkan diri daripada makan makanan ringan atau segera dalam kuantiti yang banyak. Hal ini demikian kerana makanan tersebut mengandungi kadar garam dan bahan perasa yang banyak dan tidak baik untuk kesihatan fizikal dan m3ntal.

Selain itu, makan makanan atau buah yang masam secara kerap seperti jeruk dan asam juga boleh menyebabkan daya ingatan kita menjadi lemah.

Keadaan ini berlaku kerana jeruk dan asam mempunyai kadar as1d yang tinggi yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi tumpul. Kita juga tidak digalakkan mengambil minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi. Antara contoh minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi ialah nescafe dan kopi. Hal ini demikian kerana apabila minuman berkafein diambil bersama susu, ia akan menghalang pengaliran oksigen ke otak dan sekaligus menyebabkan tahap daya ingatan menurun.

Kita juga tidak digalakkan minum antara suapan makan. Maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan atau makan diselang-selikan dengan air. Selain itu, minuman bergas dan beralkohol tidak baik untuk kesihatan otak dan badan. Minuman beralkohol akan memudaratkan diri seseorang dan akan membuat seseorang itu mabvk dan tidak bertindak dengan rasional dalam melakukan sesuatu perkara atau dengan lebih tepat lagi tidak mengikut akal fikiran yang waras.

Menurut kajian, kepala kita tidak elok terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang kerana pada waktu tersebut kandungan sinaran matahari tidak mengandungi vitamin. Waktu yang terbaik adalah selepas subuh dan pada waktu petang. Selain itu, kita juga harus mengelakkan diri daripada runsing, stress dan bersedih. Keadaan ini tidak baik untuk perkembangan otak kerana jika kita runsing otak tidak dapat berfungsi dengan baik

Jangan Lakukan Perkara Ini:

  • Melihat perkara perkara yang haram.
  • Melan cap/ona ni/tembak dinding
  • Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
  • Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
  • Tidak membaca Al-Quran.
  • Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
  • Mengumpat dan mengata.
  • Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
  • Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
  • Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
  • Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Kurangkan:

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton dan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
  • Kurangkan makan org4n dalaman ayam/lembu terutamanya kanak-kanak
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara yang perlu diamalkan:

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan sebagainya
  • Selalu makan makanan yang panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya/ badam dan lain-lain
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu tengok benda-benda warna hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam (risi ko paru-paru berair)

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.

Dan yang paling penting dibawah ini:

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia memba hayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita ma ti dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana ma ti boleh datang bila-bila masa.

11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

12. Jangan lupa baca doa sebelum menggauli isteri kerana khuatir syaitan yang menggauli dahulu dan bakal mendapat zuriat susah dengar kata dan sebagainya

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti ma ti jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Sumber: myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*