Gantung Kotak Iklan Di Belakang, Jual Keropok Lekor Sebab Nak Cari Duit Untuk Kahwin.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Gantung Kotak Iklan Di Belakang, Jual Keropok Lekor Sebab Nak Cari Duit Untuk Kahwin.

Sekiranya lelaki sudah sayang kepada pasangannya, mereka sanggup berkor ban apa sahaja dan berusaha bersungguh-sungguh asalkan dapat mengumpul wang demi menghalalkan kekasih hati yang dicintai. Pengor banan itu kadang-kala terpaksa menuntut lelaki untuk membuang rasa malu dan melakukan apa yang termampu seperti usaha seorang lelaki ini yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Faezy Iskandar di Twitter, dia memuat naik dua keping gambar menunjukkan seorang pemuda yang gigih mencari rezeki untuk membina masjid. Sambil menaiki motosikal, pemuda itu menggantung sekeping kotak di belakang badannya dengan tertera iklan menjual keropok lekor kerana ingin mencari duit kahwin.

Moga dipermudahkan urusan abang cari duit kahwin

Usaha tersebut merupakan sesuatu yang kreatif kerana pemilik memberitahu tujuannya secara jelas kepada orang ramai sekaligus menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Menurut info, pemuda itu menjual di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Desa Pinggiran Putra.

Malah, rata-rata waragent turut memuji usaha pemuda berkenaan kerana mencari rezeki yang halal untuk berkahwin dengan penuh keberkatan. Kami doakan semoga urusan pasangan ini untuk berkahwin dipermudahkan. Amin.

Sumber: Twitter @faezy_iskandar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*