Indahnya Moment ini, Kawan Berbangsa India Bersungguh Betulkan Kiblat Solat Aku

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Indahnya Moment ini, Kawan Berbangsa India Bersungguh Betulkan Kiblat Solat Aku

Dalam hubungan persahabatan, beruntung sekiranya terdapat seorang rakan yang mengambil berat dan menegur kes!lapan kita tanpa mengambil kira perihal agama atau bangsa. Seorang pemuda, Amer Abdul Ghani yang telah bersedia untuk menunaikan kewajipan solat disifatkan bertuah kerana mempunyai rakan berbangsa India yang prihatin.

Menerusi laman Twitter, pemuda yang bekerja di syarikat penerbangan itu memuat naik video pendek memaparkan rakannya Leonard Lourdes sedang memperbetulkan arah kiblat. Dengan berpandukan aplikasi kompas dalam telefon bimbit yang diletakkan atas sejadah, Leonard kelihatan bersungguh-sungguh mencari arah kiblat yang lebih tepat sebelum rakannya mengerjakan solat.

“Tengok bagaimana rakan saya berbangsa India memperbetulkan kiblat saya dengan tepat,” tulis Amer berserta tanda pagar ‘sahabat sampai syurga’.

Posting berkenaan meraih hampir 16,000 tanda suka serta diulang kicau sebanyak 11,000 kali selain pelbagai reaksi warga Twitter yang memberikan komen positif.

Walaupun dia b0d0hkan kau, tapi dia ambil berat pasal ibadah kita

Kau memang ada sahabat terbaik brader!

Comel… Persahabatan tanpa sifat r4ssis!

Terharu ada kawan macam ni

Indahnya momen ni.

Video:

sumber: imuslimnetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*