Prof Dr Yusof Al-Qaradawi Keluar Fatwa Wajib Sokong Turki

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Prof Dr Yusof Al-Qaradawi Keluar Fatwa Wajib Sokong Turki

QATAR, Selasa – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

Umat Islam juga diseru berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata pihak kesatuan dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Turki, Anatolia.

Kenyataan itu berkata, Kesatuan Ulama mengikuti perkembangan terkini keadaan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syr1a, dan apa yang dilakukan oleh Z10n1s lsr4el di PaI3stin.

“Kejadian minggu lepas (pencero bohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syr1a dan Rus sia yang memaksa Turki men3m bak jatuh jet peju ang Rus sia dan menarik Turki ke medan pepe rangan, sehingga berlaku pemb0lkotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.

“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syr1a yang berdepan dengan pemimpin za lim Bashar Asad yang telah membu nuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.

Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.

“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Sy ria dan Pales tin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditin das seluruh dunia,” kata kenyataan itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*