Mengapa Mat1 Masa Ihram Tidak Ditutup Muka
Ketika para jemaah yang berihram sedang melaksanakan kerja buat haji baru-baru ini, ada dalam kalangan mereka yang pergi dijemput Ilahi. Mereka men1ng gal du nia dalam keadaan sungguh mulia. Dalam usaha menyelesaikan rukun Islam kelima itu dengan penuh pengharapan kepada Tuhan.
Lalu ja sad mereka dimandikan, dika fankan seperti biasa kecuali muka dan kepalanya tidak ditutup. Dibiarkan terbuka tanpa ada kain yang menutupinya.
Kenapa cara ka fan mereka tak sama dengan yang lain? Kerana mereka men1ng gal dunia dalam keadaan sedang berihram. Orang yang dalam ihram haji atau umrah ini terikat dengan 13 pantang larang. Salah satunya adalah tidak boleh menutup kepala dengan sesuatu objek atau kain.
Semasa 100 ribu orang sahabat sedang melakukan wukuf bersama Nabi SAW pada tahun ke-10 dulu, ada seorang sahabat ini terjatuh daripada haiwan tunggangannya lalu dipijak sehingga men1ng gal dunia. Kemudian Nabi SAW mengarahkan agar mandikan jena zah tersebut dengan air yang dicampur dengan daun bidara. Ka fankannya dengan 2 helai kain dan jangan pakaikannya dengan apa-apa wangian. Jangan tutup muka dan kepalanya dengan apa-apa.
Sesungguhnya nanti dia akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dalam keadaan sedang bertalbiah…
Maksudnya mereka yang mening gal dunia dalam ihram, akan dibangkitkan kelak dalam ihram jua. Daripada hadis ini jugalah para ulamak mengeluarkan pandangan bahawa kita semua akan dibangkitkan seperti mana kita mening galkan du nia ini.
Betapa beruntungnya mereka ini. Perginya mening galkan alam yang fana dalam keadaan suci bersih, sedang bertalbiah memuji, menyahut seruan Tuhan yang agung. Dimandikan di sini, lalu disembahyangkan oleh jutaan jemaah yang hadir.
Pakat mendoakan rahmatnya, keampunannya dan kesejahteraannya di alam sana. Takkanlah dalam berjuta-juta jemaah ini, tidak ada satu pun yang Tuhan makbulkan doanya. Dan akhirnya diabadikan di perku buran dalam Tanah Haram itu sendiri, sebuah tanah yang dimuliakan Tuhan.
Sama-samalah kita berdoa moga pengakhiran kita nanti, di saat sedang melakukan amal kebaikan kepada Tuhan. Mudah-mudahan ianya husnul khatimah dan dibangkitkan pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan sedang berzikir, memuji, mengesakan-Nya.
Sumber; Najmi Farisham
Leave a Reply