Sunnah Mudah Tetapi Selalu Ditinggalkan Sewaktu Solat Berjemaah
Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud. Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi ﷺ tidak turun sujud melainkan Baginda ﷺ telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim:
Daripada al Barra’ bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah ﷺ, apabila Baginda ﷺ telah ruku’, mereka pun ruku’. bila Baginda berkata : samiallahu liman hamidah, mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi ﷺ meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya. [Imam Muslim].
Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang apabila wujud pada diri seseorang, maka dia mendapat kemanisan iman iaitu:
- Apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain kedua-duaNya
- Apabila dia mencintai seseorang yang dia tidak cintai melainkan hanya kerana Allah
- Apabila dia ben ci untuk kembali kepada kekufuran (setelah beriman) seperti dia benci jika dicampakkan ke dalam nera ka” (HR Bukhari)
Keterangan Hadith:
Hadith ini menerangkan sekiranya seseorang itu memiliki tiga perkara maka dia akan memperoleh nikmat kemanisan iman iaitu:
Allah dan RasulNya lebih dicintai dari selain keduanya bermaksud ia membuktikan kecintaan kepada Allah dan Rasul dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.
Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah bererti seseorang itu mencintai atau mengasihi keluarga, pasangan, sahabat itu semata-mata kerana Allah bukan kerana harta,kedudukan dan pangkat.
Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan dalam api neraka bererti bersungguh-sungguh untuk meninggalkan dosa atau perkara yang boleh mendatangkan kekufuran samada perbuatan, percakapan atau iktikad.
Sumber: Shah Al-Munzir
Leave a Reply