Kucing Juga Ada Perasaan, Setiap Hari Selama Dua Tahun Ulang-alik ke Kvbur Tuannya
NANA – bukan nama seorang ‘penyanyi’ atau jiran rumah kita. Tetapi, itulah panggilan manja untuk seekor kucing jantan yang tinggal di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan.
Kucing ini bukan baka Persia, tidak juga kucing ‘Scottish Fold’, malah jauh sekali baka kucing biru Rusia – yang mungkin menjadi ‘kegi laan’ ramai pengemar haiwan karnivor ini.
Bukan soal baka kucing yang mahu kita perkatakan, namun kasih sayang haiwan ini kepada pemiliknya.
Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu kisah kesetiaan seekor anjing di Jepun bernama Hachiko – yang tidak jemu menunggu tuannya di stesen Shibuya, Tokyo selama hampir 10 tahun selepas kema tian pemiliknya pada tahun 1925.
Malah, kerajaan Jepun turut membina tugu di depan stesen tersebut sebagai mengenang haiwan itu.
Di Malaysia, tidak mustahil kisah Nana boleh menjadi sehebat Hachiko!
Sejak pemergian tuannya pada Julai 2018, setiap pagi si comel berwarna oren ini akan menziarahi pusara Allahyarham Ab Aziz Ismail yang terletak kira-kira lima meter dari rumah ar wah.
Tiada siapa yang dapat memahami apa yang terbuku di lubuk hati haiwan ini.
Ia seolah-oleh memikul beban rindu yang sangat berat kepada Allahyarham Ab Aziz yang men1nggal dvnia akibat komplikasi buah pinggang.
Lebih menyentuh hati, dalam tempoh tiga bulan pemergian ar wah Ab Aziz, Nana dikatakan hilang selera makan – barangkali masih bersedih dengan kehilangan penjaganya itu.
Hasnah berkata sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan ar wah. Berkongsi cerita, isteri Allahyarham, Hasnah Che Amat, 68, berkata, selama 40 hari dari hari kematian suaminya, beliau sekeluarga akan ke kvbur untuk membacakan Yasin.
Biasanya, Nana akan sampai terlebih dahulu di kawasan kvbur dan duduk di bahagian kepala kvbur ar wah.
“Bermula dari situ kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan ar wah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah kvbur, dia dah ada… dia ikut sekali.
“Pada satu hari itu, saya balik sembahyang Subuh, masuk dapur dalam pukul 8 pagi. Nampak dia (Nana) naik atas rumah dalam keadaan basah.
“Kadang-kadang, saya intai melalui tingkap, nampak dia (di kvbur)… tak tahu pukul berapa ia pergi,” katanya.
Nana selalu akan sampai terlebih dahulu di kawasan kvbur dan duduk di bahagian kepala kvbur arwah. Nana dijaga oleh keluarga itu sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan Allahyarham Ab Aziz.
Jelas Hasnah, sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan Allahyarham dan setia menunggu kepulangan Ab Aziz di pagar rumah setiap kali ar wah keluar menunaikan solat Subuh di masjid.
Tambah ibu kepada lapan cahaya mata itu lagi, beliau tidak menyangka minat ar wah suami memelihara pelbagai jenis haiwan, nyata mampu menunjukkan sesuatu yang luar biasa walaupun sudah pergi buat selama-lamanya.
Keluarga Hasnah akan pergi melawat kvbur Allahyarham Ab Aziz untuk membaca Yasin
Selain menziarah kvbur, kucing jantan baka tempatan ini turut menghabiskan masa di atas kereta peninggalan ar wah Ab Aziz, selain buaian yang menjadi tempat kegemaran ar wah.
Kini, walaupun keluarga Hasnah hanya menziarahi kvbur seminggu sekali, tetapi kucing jantan ini masih meneruskan rutinnya setiap pagi.
Nana akan menghabiskan masa duduk di tepi kvbur ataupun tidur di kawasan berkenaan. Begitulah gambaran besarnya kasih kucing ini kepada Allahyarham!
Di sebalik peningkatan kes pende raan haiwan, semoga kisah Nana boleh dijadikan pengajaran kepada kita dan bukti bahawa kasih-sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan adalah perlu.
Sumber : Awani
Leave a Reply