“Kesiannya, Menangis Berhari-hari Sampai Demam Cari Atuknya”.
Hubungan antara datuk atau nenek dengan cucu memang satu hubungan yang istimewa. Jika waktu dulu kita membesar dengan ibu bapa yang garang, tetapi bila mereka sudah mempunyai cucu, pasti karakter mereka akan bertukar 100 peratus dengan cucu.
Sebab itu, ramai cucu-cucu yang sangat rapat dengan datuk dan nenek.
Seorang wanita memuat naik tentang anaknya yang menangis kerana rindukan arw4h atoknya. Wanita yang bernama Noorshadatul Afni Zulkarnain berkongsi video anaknya yang sedang menangis sambil tercari-cari kelibat atok dan di tangan kanak-kanak tersebut merupakan baju kepunyaan arw4h.
Menurut puan Noorshadatul, memang sebelum ini arw4h bapa mentuanya sangat rapat dengan anaknya. Malah setiap hari akan datang bermain memandangkan rumah mereka bersebelahan. Tetapi dua minggu yang lalu, bapa mentuanya telah men!nggaI dunia dan anaknya kini mula tercari-cari hingga badannya juga mula panas seperti demam.
Assalamualaikum suri-suri semua, saya nak share cerita pasal anak saya seorang ni. Kisahnya macam ni, dia ni memang rapat dan manja sangat dengan atok abah dia..(abah mertua saya). Rumah saya dan abah saya sebelah-sebelah je. Kami ni meniaga, setiap kali waktu solat abah akan balik, pastu akan jenguk anak saya dulu, main-main dengan dia dulu barulah dia mandi dan pegi masjid. balik dari masjid pun gitu, cari anak saya dulu barulah dia turun ke kedainye semula.
Macam tu lah hari-hari dalam h!dup anak saya. Dua minggu lepas abah saya men!nggaI dunia. Mula-mula tu anak saya mencari-cari jugak, tapi sekejap je sebab mase tu ramai lagi orang kat rumah saya, ok lah. Semalam anak saya da start mencari atok dia semula, badan pun macam da nak demam. Video tu semalam saya rekod mase dia tengah menangis. Kat tangan anak saya tu baju yang atok dia pakai buat tido. Sebagai ibu memang sayu bila tengok anak jadi macam tu. Doakan anak saya kuat ye ibu-ibu dan suri-suri sekalian.
Al-fatihah untuk arw4h abah.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Rata-rata turut terusik hati melihat rindunya seorang cucu pada atoknya.
Nur Nasuha –
Baik atuknya tu yang cucu ingat. Takziah. Sian adik. Jangan macam tu. Sian mama nanti.
Syarizalita Sazali –
Tengok anak ni nangis saya pun nangis. Teringat 20 tahun lepas adik saya macam ni la mencari arw4h ayah saya. Masa tu adik saya baru umur 1 tahun.
Wanie Syazwani –
Pernah rase kehil angan..sampai sekarang masih terasa. Doa saja ubat rindu. Kita cucu sulung dapat pulak cicit sulung. Mesti arw4h nenek beIah mak gembira. Tapi itu kenangan, bila balik kampung.. Teringat dia ade, kadang-kadang tercari. Tapi dalam hati.. Dia dah takde.. Rindu sangat arw4h mok, arw4h ecek..rindu sangat. Kalau ade pasti gembira ade cicit lelaki.
Dwe Hairen Mohamad –
Allahu sedihnya..macam anak sulung saya. Sampai demam cari atuknya..Arw4h abah saya meninggaI 2016 waktu tu anak sulung saya baru 3 tahun. Dengan orang lain dia taknak kecuali abah saya. Pastu dia pernah bangun – bangun tidur terus menangis rindu atuk katanya.
Salwa Itam –
Biasa la anak kalau tinggal dengan atok. Macam ni la jadi nye. Apatah lagi orang yang disayang dah men!nggaI. Dia maseh tercari-cari mana perginye atok dia yang selama ini ada disamping dia. Yang selalu bermanja, bermain, bergurau, tempat bermanja. Tup – tup dah hilang dipandangan dia. Makan masa jugak tu puan. Sabar la perlahan-lahan insyaallah elok la nanti tu. Saya pon pernah mengalami nasib macam tu. Kita kena beri perhatian kat dia masa ni.
Semoga puan Noorshadatul dapat bersabar dan boleh memujuk anaknya secepat mungkin. Salam Takziah dari kami buat puan sekeluarga.
Leave a Reply