Uncang Teh Yang Telah Digunakan Terdapat Banyak Manfaatnya
Sudah pasti ramai yang suka minum teh terutama menggunakan tehuncang kerana ianya mudah untuk disediakan tapi korang tahu tak selain teh uncang itu dibuat air ada banyak lagi kegunaannya? Korang baca ni, pasni pasti korang takkan buang uncang teh yang sudah guna.
Uncang teh yang dah dipakai rupanya ada fungsi dan manfaat berguna kalau korang nak tahu. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata, tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan.
Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :
1. Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh
Ambil uncang teh terpakai korang letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.
2. Menghilangkan Eye Bag
Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur
3. Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
Tahukah anda uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.
4. Mengatasi masalah jerawat
gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika
5. Mencuci peralatan dapur
Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang dah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !
6. Baja tanaman
hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyu burkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.
7. Menghilangkan Sunburn
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.
Sumber : myinfomaya.com
Leave a Reply