Rider Masuk Surau Basah Kuyup, Mintak Pinjam Kain, Dia Terkejut Setelah Buka Kain Ada Yang Jatuh.
KELENGKAPAN beribadah seperti sejadah, telekung dan kain pelikat tidak disediakan di surau di tempat-tempat awam bagi menjaga kebersihan dan mengelakkan penuIaran w4bak C0vid-19.
Namun, bagi segelintir orang mungkin berhadapan dengan kesvIitan dalam kebiasaan baharu dan menyesuaikannya dalam apa jua keadaan.
Seorang guru berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang penungg4ng motosikal sewaktu singgah di sebuah stesen minyak untuk menunaikan solat Maghrib.
“Hujan lebat sangat-sangat. Masa tu tak ada orang. Habis saya solat, ada mamat rider masuk. Basah kuy0p baju dan seluar dia.
“Saya tengok dia menggel3tar, kesejukan. Dia tengok kanan, kiri lepas tu dia tanya saya ‘Bang, tak ada kain pelikat ye dalam ni?’.
“Saya jawab memang sekarang banyak stesen minyak simpan sejadah, kain pelikat dan telekung. Pelanggan kena bawa sendiri,” tulisnya menerusi halaman Fb bernama Muhammad Yusof.
Riak wajah penungg4ng motosikal itu agak kec3wa mendengar jawapan guru tersebut.
Seorang guru memberikan sehelai kain pelikat kepada seorang rider di surau.
Muhammad Yusof bagaimanapun mengakui pastinya suk4r bagi pemuda itu untuk menunaikan solat dalam keadaan basah..
“Saya kata tak apa, tunggu kejap. Saya keluar pergi ke kereta ambil kain pelikat bagi kat dia. Saya selit RM50 dalam kain pelikat tu. Saja saya nak bantu dia sebab nampak dia macam orang susah.
“Satu lagi, saya tak tahu kenapa entah hati saya kata kena tolong dia ni walaupun saya bukanlah banyak duit pun,” ujarnya.
Wang RM50 diselitkan di dalam kain pelikat.
Menurut guru tersebut, kain pelikat yang berikan kepada penungg4ng motosikal berkenaan tidak dip!njamkan, sebaliknya diberikan sebagai sedekah.
“Dia kata dia pinjam kejap kain tu. Saya kata tak apa, saya sedekah je kat dia. Dia ucap terima kasih kat saya,” tambahnya.
Susah juga nak jumpa budak baik macam ni sekarang. Dahlah rajin tolong keluarga, amanah pula tu,
Berkesempatan berbual dengan anak muda itu, Muhammad Yusof memberitahu bahawa pemuda tersebut merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana universiti untuk melanjutkan pengajian.
Tambah pemuda itu katanya, adik-beradiknya ramai dan bapanya hanya bekerja ‘biasa-biasa’, serta menyuarakan hasratnya untuk bekerja bagi membantu keluarga.
Perkongsian Muhammad Yusof di halaman Fb.
Muhammad Yusof memberitahu, pemuda tersebut memanggilnya ketika dia mahu beredar dari stesen minyak.
“Dia kata ‘Bang, abang tertinggal duit RM50, saya buka kain pelikat tadi ada duit ni.’ Laa saya ingatkan budak tu jenis nampak duit terus ambil, rupanya dia ni jenis lurus.
“Saya kata saya niat nak sedekah duit tu kat dia. Dia jawab ‘Bang, tak apa bang, ayah saya kata selagi ada kaki ada tangan jangan suka-suka terima bantuan orang bang’.
“Allahu, susah juga nak jumpa budak baik macam ni sekarang. Dahlah rajin tolong keluarga, amanah pula tu.
“Dan paling penting solat dia tak tinggal. Susah-susah dia, Tuhan dia tak lupa. Semoga diluaskan rezeki budak ni sekeluarga, Amin,” katanya.
Sumber: mStar
Share ilmu ini utk peringatan semua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Leave a Reply