MashaAllah, Bvta Matanya Bukan Penghalang Beliau Untuk Menghafal 30 Juz Al Quran

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

MashaAllah, Bvta Matanya Bukan Penghalang Beliau Untuk Menghafal 30 Juz Al Quran

Sebagai manusia biasa, sangat beruntung apabila dilahirkan dalam keadaan dan tubuh badan yang sempurna. Tubuh badan yang sempurna ini pastinya memudahkan kita untuk melakukan kerja dan tugas seharian tanpa mengharapkan ihsan yang lain.

Namun, terdapat segelintir insan dalam dunia ini telah diuji sejak lahir lagi. Antara ujian yang menimpa adalah, apabila dilahirkan dalam keadaan kurang up4ya (0KU). Walaupun terlahir dalam keadaan yang tidak sempurna, golongan ini dilihat lebih gigih berusaha berbanding dengan manusia yang normal. Seorang lelaki 0KU c4cat penglihatan Muhammad Asyid Abu Bakar, yang kini 27 tahun berjaya mengecapi kejayaan unggul iaitu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

0KU Buta Hafaz 30 Juzuk Al Quran

Bapa anak satu ini dilaporkan sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah lagi. Dia dahulunya, diajar membaca Al-Quran oleh seorang guru yang celik penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille. Malah, dia juga merupakan bekas pelajar Madrasah An-Noor For The Blind, yang terletak di Afrika Selatan.

Muhammad Asyid Abu Bakar menyambung pengajian ke tempat itu selepas tamat pengajian di madrasah tempatan. Perbelanjaan sepanjang pengajiannya di Afrika Selatan itu, telah di tanggung sepenuhnya oleh madrasah tempatan berkenaan.

Setalah 5 tahun pengajian, akhirnya Muhammad Asyid Abu Bakar berjaya menghafal kesemua surah yang ada dalam kitab suci Al-Quran ini. Dia juga sering diundang untuk menjadi imam terutamanya pada bulan Ramadan, dan pada masa yang sama menjadi pengajar untuk anak-anak tahfiz.

Muhammad Asyid Abu Bakar juga menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah Mahaad Tahfiz di Ipoh khas untuk pelajar buta yang berminat. Diharapkan hasratnya ini akan tercapai suatu hari nanti dengan bantuan dan juga sokongan orang ramai.

Akhir kata

Fikir-fikirkan lah, kenapa kita yang dikurniakan kesempurnaan tidak mencuba untuk menghafal dan membaca Al Quran, Tanya diri kita sendiri, Apakah hujjah kita dihadapan Allah Kelak.

Sumber:Youtube

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*