Hati2 Kenali 30 Petanda Hati Sudah Busuk Perlu Korang Tahu
Rasulullah SAW, selain memiliki sifat rendah hati, Baginda juga penuh kasih sayang, seorang yang benar dan memiliki integriti tinggi. Integriti Baginda tergambar pada sikapnya, apa yang lahir dari mulutnya itulah yang ada di hatinya, tidak suka berdolak-dalik
Jika hendak tengok kualiti diri, lihatlah kualiti hati. Apabila hati penuh dengan sifat rendah hati seperti yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW, baru hidup seorang insan itu berkualiti dunia dan akhirat.
JOM KENALI 30 TANDA-TANDA HATI KOTOR
- Gelisah walaupun tiada masalah.
- Selalu berbangga dengan diri sendiri.
- Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
- Tidak amanah dan mungkir janji.
- Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
- Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
- Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
- Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
- Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
- Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
- Menyampaikan ilmu dengan riak.
- Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
- Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
- Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
- Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
- Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
- Solat yang tidak khusyuk.
- Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
- Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
- Cinta kepada duniawi dan materialistik.
- Mudah bersangka buruk terhadap orang.
- Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
- Suka bergosip dan menabur fitnah.
- Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
- Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
- Pendendam.
- Penting diri dalam semua hal.
- Berpura-pura dan suka membodek.
- Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
- N4fsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.
Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.
Jadilah orang yang tidak suka dipuji dan tidak takut dikeji serta sangat suka menerima teguran. Ingatlah, pada saat kita tidak boleh menerima teguran, bermakna pada detik itu bermulalah kejatuhan kita di mata Allah SWT dan di mata manusia kerana telah menjadi sombong.
Orang yang rendah hati suka memberi, berkongsi rezeki dengan orang sekelilingnya. Semakin kaya semakin beriman, kerana kekayaan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan banyak bersedekah.
Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin al-Syukhair, beliau berkata, “Aku telah bertemu Rasulullah SAW ketika Baginda sedang membaca ayat daripada surah al-Takathur ini, lalu Baginda bersabda: Wangku, wangku. Sedangkan wang dan harta benda kamu itu adalah yang kamu makan dan habiskan atau yang kamu gunakan, lalu ia menjadi lusuh. Yang kamu sedekahkan itulah yang kekal”
Ingatlah, bahaya paling besar bukan kejahatan orang lain lakukan kepada kita, tetapi kejahatan yang pernah kita lakukan. Tidak ada perkara baik atau buruk yang dilakukan, melainkan akan kembali kepada kita atau anak cucu pada suatu masa kelak.
Orang yang rendah hati akan bahagia melihat orang lain bahagia dan sentiasa mahu menjadikan orang bersamanya bahagia. Suka melihat orang lain mendapat kebaikan, tidak ada rasa iri hati dan hasad dengki.
Seorang yang hebat umpama ‘minyak setitik di laut sekalipun, timbul juga’. Maksudnya, orang yang hebat di mana sekalipun berada orang nampak kehebatan dan kehadirannya. Gunakan mata akal dan mata hati dianugerahkan Allah SWT untuk menjadi orang hebat di dunia dan akhirat. tok pakir (fb)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Online Kini
Leave a Reply