Dr Ayse Humeyra – doktor pertama bertudung di Turki kembali ke Rahmatullah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Dr Ayse Humeyra – doktor pertama bertudung di Turki kembali ke Rahmatullah

Khabar duka dari bumi Madinah al-Munawwarah… Telah kembali ke Rahmatullah Sheikhah Dr Ayse Humeyra Okten dari Turki. Beliau merupakan doktor wanita pertama memakai tudung di Turki. Beliau juga merupakan ‘founder’ atau pengasas sekolah Imam Hatip di Turki.

Oeleh kerana kecintaan beliau kepada Baginda Rasulullah ﷺ, beliau seringkali berulang-alik dari Turki ke Madinah dan dia menghembuskan nafas terakhirnya di bumi insan mulia yang dicintainya. Jenaz4h beliau disemadikan di perkuburan Baqi’. Al-Fatihah

Pengharaman tudung secara total sejak 1989 di Turki oleh Mahkamah Perlembagaan membawa perdebatan besar pada tahun 2008, bolehkah pelajar wanita di universiti untuk bertudung?

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memenangi pilihanraya pada julai 2007 dengan majoriti yang besar telah bersedia untuk membenarkan pemakaian tudung di universiti.

Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725

Februari 2008, AKP dengan sokongan dua buah parti lain di parlimen meluluskan pindaan dengan memasukkan dua klausa dalam perlembagaan:

  • Semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa atau etnik akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan awam yang sama rata.
  • Parlimen memberi jaminan:

Tidak ada warga boleh dihalang daripada hak untuk mendapatkan pendidikan tinggi.

Bagi Kemalis yang ‘sekular radikal’, dua klausa ini tidak relevan. Mereka menganggap ini suatu kesesatan yang tidak boleh diterima iaitu dengan membuka pintu-pintu universiti kepada golongan Muslim konservatif yang ‘berfikiran mundur’.

Dengan segera, Mahkamah perlembagaan mengambil langkah campur tangan keatas parlimen.

Parti pemerintah ketika itu hampir-hampir dibubarkan dan terkubur di arena politik Turki, di mana hampir dua dozen parti-parti yang terdahulu dilarang menceburi politik hanya kerana tidak mematuhi beberapa aspek idealogi rasmi sekular ini.

Idealogi sekular yang Turki bawakan dengan slogan demokrasi dan kebebasan telah menyimpang dari maksud asal.

Sekular yang asal mengarahkan kepada pengasingan antara agama dan pemerintahan menjadi dua bab yang terasing, namun Turki versi Kemalis membawa ‘sekular radikal’ dengan mencampuri agama dan menyekat kebebasan atas pilihan individiu.

300 pelajar wanita turun tangan untuk menyampaikan suara mereka dalam mendapatkan kebebasan untuk bertudung. Laman web “We Are Not Free Yet” dibangunkan untuk menyatakan cita-cita kebebasan mereka.

Antara tuntutan-tuntutan mereka seperti:

1. Apa yang telah kami deritai sejak hari pintu universiti telah ditutup buat kami, mengajarkan kami sesuatu:

a. Masalah sebenar kami adalah mentaliti autoritarian yang menganggap mereka punya hak untuk campur tangan dalam kehidupan, penampilan, perkataan dan pemikiran rakyat.

2. Oleh itu sebagai wanita yang menghadapi diskriminasi kerana kami menutup kepala kami, kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kami tidak akan berpuas hati hanya kerana dapat memasuki universiti dengan bertudung, kecuali:

a. Orang-orang Kurdish dan kelompok terasing lainnya diberi hak di negara ini dengan asas undang-undang dan psikologi untuk menganggap diri mereka sebagai warganegara kelas pertama

b. Asas-asas bagi minoriti-minoriti (bukan Muslim) yang tanpa segan silu dirampas mesti dipulangkan semula

c. Atau kes-kes “menghina keTurkian” (kebanyakannya yang diajukan terhadap kebanyakan intelektual liberal) mesti ditamatkan.

3. Kami meminta kebebasan untuk semua kumpulan yang ditindas di Turki, termasuk Alevis, sebuah mazhab Muslim ortodoks, dan mengecam ‘semua bentuk diskriminasi, penindasan dan pemaksaan.’ akhirnya, ‘wanita yang berlitup’. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad, “Langit dan bumi ini dipacakkan atas dasar keadilan”

Inisiatif “We Are Not Free Yet” digerakkan bersama oleh Neslihan Akbulut, Hilal Kaplan dan Havva Yilmaz ini menjadi begitu popular, sehingga berada di dada akhbar dan headline berita utama.

Dari beratus, sokongan kepada mereka meningkat sehingga ribuan dalam masa beberapa minggu. Akhirnya mereka bertiga, menerbitkan buku “We Are Not Free Yet” (Henüz Özgür Olmadık) dengan slogan:

Jika perkara tersebut ialah kebebasan, maka ia bukan hal yang kecil.

Mustafa Akyol menyebut dalam bukunya ‘Islam Tanpa Keekstreman’, sejak 1990, penerimaan keatas idea-idea politik liberal oleh Muslim terus meningkat.

Tren liberal dan Islam terjalin baik sehingga dipandang oleh puak sekular radikal sebagai sekutu yang besar sehingga mereka menamakan Islamo-liberal.

Puak sekular radikal juga menghina wanita bertudung dengan memanggil mereka karafatmalar (lipas), mereka lebih suka gelarkan muslim yang liberal dengan takkeli libos, yang bermaksud “liberal dengan kopiah solat”

Kebebasan akhirnya diberikan kepada wanita-wanita Turki untuk bertudung.

Apa yang menarik untuk kita perhatikan dalam kenyataan ‘We Are Not Free Yet’ mereka menuntut agar diberikan kebebasan bertudung tanpa sikap egoistik.

Ini kerana dalam masa yang sama juga mereka menuntut tekanan-tekanan keatas kaum-kaum marginal (minoriti) di Turki diberikan hak kebebasan yang sama.

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Online Kini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*