Bila Badan Rasa Letih Dan Lemah. Wajib Baca Sebelum Terlambat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Bila Badan Rasa Letih Dan Lemah. Wajib Baca Sebelum Terlambat

Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius.

Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya pada pemeriksaan seseorang doktor.
Apakah punca dan penyebab badan lemah?

Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori am iaitu:

  • Gaya hidup
  • Masalah kesihatan
  • Masalah mental

1. Gaya hidup

Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan:

  • Senaman yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Kurang tidur
  • Lebih berat badan
  • Sedang dalam keadaan stres
  • Sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu
  • Pengambilan alk0hol yang kerap
  • Pengambilan dadah
  • Pengambilan kafein yang banyak
  • Tidak mengambil diet yang sihat

2. Masalah kesihatan

Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah:

  • Anemia (kurang sel d4rah merah)
  • S4kit sendi
  • J4ngkitan kuman. Sebagai contoh ketika demam dan selesema
  • Hipotiroid
  • Masalah tidur (Insomnia)
  • Penyakit autoimune (sebagai contoh SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis dan sebagainya)
  • Lemah jantung
  • K4nser
  • Kencing manis
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kegagalan fungsi hati

3. Masalah mental

Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya
Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlu berjumpa doktor, jika anda:

  • Berterusan mengalami masalah tersebut beberapa minggu
  • Tidak mengetahui punca tersebut
  • Mengalami kekurangan berat badan yang ketara
  • Sangat sensitif dengan persekitaran yang sejuk
  • Mengalami masalah untuk tidur
  • Merasakan diri berada dalam keadaan tertekan.

Dalam beberapa keadaan, rasa badan lemah merupakan perkara yang serius. Pergi ke hospital jika anda mengalami simptom dan tanda seperti di bawah:

  • Berak berdvrah
  • Muntah dvrah
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit dada
  • Rasa nak pengsan
  • Muka pucat
  • Pengsan
  • Sesak nafas
  • Berfikir untuk membv nuh diri

Berfikir untuk membunuh orang lain

Bagaimanakah doktor merawat badan lemah?

Rawatan masalah ini berkait rapat dengan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada pesakit. Jika pesakit disyaki mempunyai masalah kesihatan, pesakit mungkin akan diminta untuk menjalani beberapa jenis pengambilan sampel darah untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merubah gaya hidup dan mengelakkan rasa badan lemah. Ia adalah:

  • Sentiasa mengambil air yang mencukupi
  • Melakukan senaman secara rutin dan tidak berlebihan
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Elakkan perkara yang menyebabkan anda stress
  • Elakkan pekerjaan yang menyebabkan beban yang banyak kepada anda
  • elakkan pengambilan alk0hol, r0kok dan penggunaan dada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Online Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*