5 Sifat Isteri Yang Menjadi Penambah Rezeki Suami
Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya.
Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki kepada suami itu?
1. Gemar Bersedekah
Sedekah adalah perbuatan yang akan menambah rezeki oleh Allah s.w.t. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.
Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah s.w.t. Jadi isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada suaminya pula. Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya itu pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan turunnya rezeki yang bertambah-tambah.
2. Baik Agamanya
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi. Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya rezeki kepada para suami.
3. Sentiasa Tawakal Kepada Allah
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Surah at-Thalaq:3)
Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada sesiapa sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal. Oleh itu, sekiranya seorang isteri bertawakal kepada Allah s.w.t walaupun dia hanya seorang suri rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu melalui suaminya.
4. Sentiasa Bersyukur
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pe dih.” Surah Ibrahim:7
Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah s.w.t adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya. Isteri yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang diperoleh. Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih. Apabila suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan suaminya juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah s.w.t.
5. Mendoakan Suaminya
Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan suaminya. Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.
Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah s.w.t, lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan.”
Surah Ghafir:60
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow FB Kami di Online Kini
Leave a Reply