Khasiat Mengamalkan Penghulu Segala Istighfar Dalam Kehidupan

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Khasiat Mengamalkan Penghulu Segala Istighfar Dalam Kehidupan

Dalam sehari berapa kali kita Istighfar. Cuba renungkan diri kita semula. Mungkin kita jarang tahu kebaikan pada Istighfar. Bicara kini kali ini kongsi khasiatnya kepada kita semua.

Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta kholaqtani, wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, a’udzubika min syarri ma shona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi, faghfirli fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta.

Baca selepas solat subuh dan maghrib

Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau.”

Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa membaca penghulu istighfar pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mvti pada hari itu sebelum datang petang hari, maka dia termasuk dari ahli syurga.

Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia mening gal du nia sebelum pagi, maka dia termasuk dari ahli syurga”.
(HR Bukhari)

Alangkah ruginya kita, jika amalan yang mudah ini tak dapat diamalkan, balasan yang dijanjikan syurga kawan-kawan. Marilah kita sama-sama mengamalkan zikir ini dan berdoa moga Allah memberi kita kekuatan agar kita dapat istiqamah dalam mengamalkannya. Insyaallah wahai jiwa-jiwa yang tenang.

sumber: nasihatustazz

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Online Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*