Rasulullah Mengamalkan Surah as-Sajadah Pada Hari Jumaat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Rasulullah Mengamalkan Surah as-Sajadah Pada Hari Jumaat

Menurut Abu Hurairah, Rasulullah dilihat sering membaca surah al-Sajadah dan Surah al-Insan pada Solat Subuh hari Jumaat. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يقرأُ في صلاةِ الفجرِ يومَ الجُمُعة: الم تَنْزِيلُ [السجدة: 1-2] وهَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ [الانسان

“Sesungguhnya pada solat Subuh hari Jumaat, Rasulullah membaca Surah al-Sajadah (Alif Lam Mim, Tanzil) dan Surah al-Insan (Hal Ata ‘alal insan). (HR al-Bukhari)

Melalui riwayat al-Tabrani pula, Rasulullah dikatakan konsisten membaca dua surah ini di dalam solat Subuh hari Jumaat. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah sering membaca kedua surah ini pada hari jumaat?

Sekiranya diperhatikan, kedua surah ini secara umumnya menceritakan tentang perjalanan hidup manusia. Disini Rasulullah seolah ingin mengingatkan kita pada setiap minggu bahawa kitaran kehidupan kita sentiasa perlu diingatkan dan diperhatikan semula.

Terdapat tiga tema utama yang disentuh oleh Allah di dalam kedua surah ini:

  1. Yang pertama adalah tentang asal kejadian manusia. Ayat 7 hingga ayat 9 dari surah al-Sajadah menceritakan tentang asal usul manusia. Begitu juga dengan ayat kedua dari surah al-Insan ini. Seolah, setiap minggu Rasulullah mengajak kita mengimbas kembali tentang asal kejadian kita.
  2. Yang kedua, surah ini mengingatkan manusia tentang jalan yang dipilih oleh mereka dalam kehidupan mereka. Mukmin yang soleh akan memilih jalan yang baik lalu mereka sujud secara praktikal di dalam solat subuh ini. Manakala manusia yang engkar, yang menjadi kufur dan fasiq akan menyesal dikemudian hari.
  3. Yang ketiga, kedua surah ini turut mengingatkan manusia tentang pembalasan yang akan mereka terima atas jalan yang mereka pilih di dunia ini. Sekiranya jalan baik yang dipilih, maka kebaikanlah yang akan diperolehi diakhirat kelak.

فاريس@mhdfarisaziz

Bacaan Sujud Sajadah/Tilawah. Dilakukan setelah membaca salah satu ayat2 sajadah dalam Al Quran atau ketika Solat Subuh hari Jumaat.

Melalui dua surah ini, Rasulullah seakan ingin mengingatkan kita pada setiap minggu bahawa kita dijadikan oleh Allah atas tujuan yang jelas. Yang merosakkan kehidupan kita adalah disebabkan perbuatan dan pilihan kita sendiri lalu Allah memberikan peringatan tentang a zab yang akan kita hadapi atas pilihan kita sendiri.

Al-Imam Ibn Taimiyyah pula memberikan sedikit pandangan yang berbeza. Menurut beliau, Rasulullah sering membaca surah ini pada hari jumaat kerana ia mengingatkan manusia tentang apa yang akan berlaku pada hari jumaat. Kata Ibn Taimiyyah:

تضمنتا ما كان ويكون في يوم الجمعة، فقد اشتملتا على خلق آدم وعلى ذكر المعاد، وحشر العباد، وذلك يكون يوم الجمعة، فكانت قراءتهما في مطلعه فيها تذكير للأمة بما كان وما سيكون فيه،

“Kedua surah ini mengandungi (dan mengingatkan kita) tentang apa yang telah dan akan berlaku pada hari jumaat iaitu, pada hari jumaat Adam dijadikan, hari ini juga akan berlakunya hari kiamat, manusia akan dihimpunkan juga pada hari jumaat. Maka bacaan surah ini pada hari jumaat adalah peringatan buat umat ini tentang apa yang telah dan akan berlaku.” (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah)

Moga Allah membimbing kita semua.

Sumber: Dr Ahmad Sanusi

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Online Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*