Manafaat Air Rebusan Kurma dan Serai
Sebut hal hari raya, pejam celik pejam celik dah raya. Rasa sebak dan sedih nak tinggalkan bulan yang mulia ne. Namun bila hari raya menjelma pasti tidak sabar untuk menikmati pelbagai juadah kuih muih dan makanan.
Segala jenis makanan ada di musim perayaan ne. Pastikan kita sentiasa menjaga kesihatan dan menghadkan pemakanan supaya tidak mengalami obesiti yang boleh mengundang pelbagai peny akit.
Majalah ilmu kali ini ingin kongsikan Petua tradisional yang boleh merawat saluran urat tersumbat dalam badan.
Bahan-bahan:
- 7 biji kurma
- 5 batang serai
Caranya penyediaannya ialah:
- Rebuskan 5 batang serai dengan 7 biji kurma.
- Didihkan dengan api perlahan bersama 3 gelas air sehingga air menyusut tinggal 1/3 atau segelas. Kemudian minum.
Manfaat air rebusan serai + kurma
- Kaya dengan zat besi – amat baik bagi wanita yang mengandung,kanak-kanak dan penghidap anemia. Amalkan pengambilan sekurang-kurangnya 100g kurma setiap hari iaitu kira2 0.09 mg zat besi.
- Kurma mengelak cirit/birit ( diarrhea) – kandungan potasium pda kurma mampu menghalang cirit-birit, melegakan perut dan dan melancarkan pencernaan usus.
- Kurma melegakan sembelit – sebaiknya rendam biji kurma dalam air semalaman kemudian air rendaman tersebut diminum keesokan paginya untuk melancarkan pencernaan.
- Mengawal berat badan – dimakan ketika perut kosong, kurma tiada kolestrol. Amalkan setiap hari.
- Mengimbangkan kolesterol – kurma dapat membersih salur darah yang tersumbat dan menghalang pembentukan darah beku.
- Mengawal selia tekanan darah – amalan memakan kurma dapat menurunkan tekanan darah tinggi atau hipertensi, ia kaya dengan potasium dan tidak mengandungi sodium.
- Mampu menghalang strok – Potasium dalam kurma adalah mineral yang amat penting dalam memulihkan sistem saraf serta boleh menghalang serangan strok. Sebaiknya ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Leave a Reply