Inilah Ikhtiar Guna Perubatan Islam Menghilangkan Bisa, Lenguh Sendi dan Gangguan Makhluk Halus
Di zaman moden sekarang kesa kitan sebegini berlaku kepada golongan muda juga tanpa mengira umur. Kesa kitan pada badan seperti bisa urat, lenguh sendi biasanya berlaku apabila waktu malam atau awal pagi dan dihidapi oleh golongan yang berusia. Terutama sekali yang kuat bekerja dan selalu balik lewat malam.
Pengambilan ubat doktor selalunya berkesan namun tidak salah untuk mencuba perubatan Islam jika penya kit ini berterusan dan sudah terlalu lama berlaku hingga menganggu kehidupan seharian.
Ada yang terlalu kerap sakit sehingga perlu bercuti lama, ini mungkin menganggu pekerjaan dan juga kehidupan yang lain jika memerlukan bantuan untuk menjalankan aktiviti.
Kami tidak memaksa anda untuk percaya dengan kaedah ini tetapi Alhamdulillah ramai yang mengamalkannya memberikan respon yang positif terutama sekali di kalangan orang yang berusia atau orang muda yang bekerja kuat hingga lewat malam.
Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja.
- Beli 1 pack Ais
- masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut
- Perahkan Limau Nipis atau Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi
Sebelum Mandi Anda baca:
- Al-Fatihah 3x
- Al-Ikhlas 3x
- Dan Selawat 3x..
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.
Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula Mandi Dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.
Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesa kit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.
Izin Allah inshaaAllah sembuh.
Semoga bermanfaat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga di Online Kini.
Leave a Reply