Ce raikan Isteri Sebab Tak Jaga Agama, Bangun Lambat Dan Kuat Mela wan. Ini Jawapan Ustaz Untuk Lelaki Itu

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ce raikan Isteri Sebab Tak Jaga Agama, Bangun Lambat Dan Kuat Mela wan. Ini Jawapan Ustaz Untuk Lelaki Itu

Seorang suami baru jumpa saya tadi. Dia baru ce raikan isterinya. Katanya isteri dia tak jaga agama. Malas dan suka habiskan duitnya. Suka bangun lambat. Tak pandai layan suami. Asal cakap menya kitkan hati. Kuat mela wan.

Dia kata saya kan lelaki. Kena tegas. Kalau tak dayus. Jangan biar orang perempuan tindas dan pijak kita. Saya kata abang pernah bawa dia belajar iman tak? Ada bawa pergi majlis Ta’lim ke? Ada bawa pergi majlis ilmu ke?

Susah nak bawa dia ustaz.. Betul ke tindakan saya ustaz.

Tapi selalu begitulah abang. Kalau wanita salah cepat jer dia ce raikan. Saya lihat beribu wanita yang dapat suami macam-macam tapi mereka sabar jer. Tahan kan ajer. Demi anak-anak mereka teruskan perkahwinan.

Wanita ini jika berpisah orang selalu salahkan mereka. Orang takut nak dekat dengan mereka. Orang kata dia guna-gunakan suami. Dia kuat mela wan suami. Dia gagal dalam perkahwinan..

Nak cari pengganti berat jer. Mereka kena uruskan anak-anak. Hidup mereka untuk anak-anak. Suami jika marah senang-senang jer lepas tangan macam tu..

Dalam perkahwinan ini abang, kita kena selalu muhasabah diri. Masing-masing kena mengalah. Ingat Allah. Apa Allah nak saya buat. Inilah perjuangan saya. Bimbing isteri ke arah kebaikan. Bawa berjuang di jalan Allah. Buat Ta’lim dalam rumah. Cari waktu tetap dan tempat yang tetap. Beri hadiah buat isteri. Cari kesukaan mereka. Gembirakan hati mereka.

Tapi kata-kata dia sa kitkan hati saya ustaz?

Jawab saya dalam Al-Quran. Sifat hamba Allah yang Maha Pengasih ialah apabila orang jahil berkata yang buruk pada mereka. Mereka akan balas dengan kebaikan dan rahmat. Sabar…

Malam kita menangis doakan mereka. Setelah kita buat semua ini jika isteri masih begitu barulah fikir bab ce rai. Tapi sangat yakin sesiapa sahaja buat semua ini isteri mereka akan jadi isteri yang solehah.

Artikel ini adalah hasil perkongsian Fa cebo ok Ebit Lew Jika suami sayangkan isteri

Ikuti Saluran Telegram Kami Di My Info Maya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Online Kini.

Sumber: Rahsiarumahtangga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*