Panduan Permohonan Rayuan BSH 2020 Secara Online Dan Borang Mulai 7 Ogos
Cara Mohon Rayuan BSH 2020 Secara Online & Borang Mulai 7 Ogos. Anda dah semak status kelulusan BSH 2020? Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan keputusan BSH 2020 secara atas talian dan pembayaran BSH Fasa Ketiga mula dikreditkan ke akaun pada 24 Julai 2020.
Namun begitu, ada juga pemohon yang status tidak lulus disebabkan beberapa faktor antaranya iaitu status perkahwinan, pendapatan bulanan melebihi RM4,000, tidak melepasi syarat golongan bujang dan lain-lain lagi. Bagi pemohon yang berstatus tidak lulus atau gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara atas talian (online) atau hadir ke kaunter LHDN mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020.
CARA MOHON RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE & BORANG MULAI 7 OGOS
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh dan jumlah bayaran serta cara rayuan :
TARIKH BAYARAN BSH FASA 3
Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga telah dikreditkan ke akaun bank bermula daripada 24 Julai 2020 secara berperingkat.
PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2020
Bagi mereka yang berstatus tidak layak boleh membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.
A. Secara Online
- Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my.
- Klik pada ikon ‘Rayuan’.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah seberikutnya dan lengkap permohonan yang dikehendaki.
B. Manual (Isi Borang)
Pemohon juga boleh buat rayuan BSH dengan hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).
Sebelum hadir, sila pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan beserta borang permohonan lengkap diisi seperti berikut:
- Salinan MyKad sendiri
- Salinan MyKad pasangan
- Penyata gaji terkini
- Surat status perkahwinan
- Sijil kematian (jika perlu)
Nota : Bagi anda yang nak buat rayuan BSH 2020 sila rujuk kod tidak lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan disini.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BSH 2020
Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas tarikh permohonan rayuan ditutup.
Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di talian 1-800-88-2747.
Penafian: Laman web bicarakini tiada sebarang kaitan dengan portal Bantuan Sara Hidup. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu makluman terkini secara umum sahaja.
Ikuti Saluran Telegram Kami Di My Info Maya
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Online Kini.
Leave a Reply