
Amalan Rasulullah Elak Dajjall Dengan Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Beri Salam
Bila di akhirat kelak perkara yang pertama kali kita di tanya sebagai hambah Allah SWT ialah SOLAT. Solat adalah tiang agama jika ia tidak sempurna maka tidak sempurna la segala apa pun.
Selain itu juga, solat juga bermaksud doa dari sudut bahasa. Ini kerana, di dalam solat terdapat tempat-tempat yang dituntut untuk kita memperbanyakkan berdoa padanya.
Rugilah jika kita rajin solat tapi tidak mengamalkannya. Ini 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Memberi Salam. Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. Antaranya, satu amalan tambahan dalam solat, amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”
Elok tambah ni.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kem atian, serta daripada kejah atan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari az ab siks a ku bur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah ma ti
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitn ah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat
Daripada Abu Bakar RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku membacanya di dalam solatku, lalu Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya:
“Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Riwayat al-Bukhari (834)]
Neraka, sik sa ku bur, fitnah ketika tengah hidup dan amalan kita selepas anda tiada, dan fitnah Dajjal sekiranya anda ditakdirkan sempat bersemuka denganNya. Hakikatnya anda memang tidak akan tahu anda akan digolongkan di golongan mana. Amalkan doa ini, semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…
Sumber : Mufti Kl
Share ilmu ini utk peringatan semua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Leave a Reply