GERAKKAN JARI KETIKA TAHYAT
SOALAN :
Ketika kita membaca tahyat manakah yang afdhal sebenarnya antara mengangkat jari dan diam atau pun mengangkat jari kemudian menggerak-gerakkannya?
JAWAPAN :
Pendapat majoriti ulamak ialah setelah mengangkat jari telunjuk memberi isyarat itu hendaklah diam tidak digerak-gerakkannya.
Jika digerak-gerakannya maka hukumnya adalah makruh tetapi solatnya sah.
Berkata Imam Nawawi :
وهل يحركها عند الرفع بالإشارة ؟ فيه أوجه . الصحيح الذي قطع به الجمهور أنه لا يحركها
فلو حركها كان مكروها ولا تبطل صلاته ; لأنه عمل قليل
Artinya : “Adakah digerak-gerakkan jari ketika mengangkat tanda isyarat? Pada masalah ini ada beberapa wajah dan yang sahihnya ialah tidak menggerak-gerakannya sebagaimana yang telah diputuskan denganya oleh jumhur ulamak. Maka jikalau digerak-gerakkanya adalah perbuatannya itu makruh dan tidak batal solatnya kerana ia perbuatan yang sedikit.” (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Berkata Imam Al-Mubarkfuri :
قال البيهقي يحتمل أن يكون المراد بالتحريك الإشارة بها لا تكرير تحريكها ، فيكون موافقا لرواية ابن الزبير ، وذكر بإسناده الصحيح عن ابن الزبير رضي الله عنهما { أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يشير بأصبعه إذا دعا لا يحركها } رواه أبو داود بإسناد صحيح
Artinya : “Telah berkata oleh Imam Al-Baihaqi : Ditanggung bahawa adalah yang dikehendaki dengan menggerakkan jari itu ialah mengisyaratkan dengannya bukan mengulang-ngulang geraknya maka jadilah maknanya muafakat dengan hadith yang sahih riwayat Abu Daud daripada Ibnu Zubair r.a. sungguhnya Nabi saw adalah mengisyaratkan dengan jari telunjuknya apabila berdoa dan Nabi saw tidak
menggerakkannya.” (Kitab Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan Tirmizi)
wallahua’lam
Leave a Reply