SOALAN :
Benarkah kalau kita memberi orang berhutang lebih afdhal dari pahala kita bersedekah?
JAWAPAN :
Memang benar memberi hutang lebih afdhal dari memberi sedekah.
Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda :
دَخَلْتُ الْجَنَّةَ، فَرَأَيْتُ عَلَى بَابِهَا الصَّدَقَةَ بِعَشْرٍ وَالْقَرْضَ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ، فَقُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ، كَيْفَ صَارَتِ الصَّدَقَةُ بِعَشْرٍ وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ؟ قَالَ: لأَنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الْغَنِيِّ وَالْفَقِيرِ، وَالْقَرْضُ لا يَقَعُ إِلا فِي يَدِ مَنْ يَحْتَاجُ إِلَيْهِ
Artinya : “Aku telah melihat tertulis pada pintu syurga memberi sedekah itu sepuluh ganda pahala dan memberi hutang pula lapan belas ganda pahala. Maka aku bertnya : Wahai Jibril! Bagaimanakah jadi sedekah itu sepuluh ganda pahala dan memberi hutang itu lapan belas ganda pahala?
Berkata Jibril : Kerana sungguhnya sedekah itu dapat kepada yang memerlukan dan yang tidak memerlukan manakala hutang itu tiada ada ia melainkan untuk orang yang sangat memerlukan.” (Hadith Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)
Dan pada riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda :
لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إِلَّا مِنْ حَاجَةٍ
Artinya : “Dari kerana sungguhnya orang yang meminta sedekah itu masih ada lagi harta manakala orang yang berhutang itu sudah tidak mempunya apa-apa.”
wallahua’lam
Leave a Reply